Terbongkar ! Perdana Menteri Tun Mahathir Memberitahu Sesuatu Yang Penting Tentang Anwar Ibrahim

VIDEO PENUH BERADA DI BAWAH ARTIKEL

10 kementerian bentuk kabinet awal kerajaan PH

Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 kementerian yang akan membentuk kabinet awal kerajaan Pakatan Harapan (PH).Perdana Menteri juga memaklumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara selepas mesyuarat Majls Presiden PH, semua 10 kementerian terlibat adalah seperti berikut:

1. Kementerian Kewangan

2. Kementerian Dalam Negeri

3. Kementerian Pertahanan

4. Kementerian Pendidikan

5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar

6. Kementerian Ekonomi

7. Kementerian Kerja Raya

8. Kementerian Pengangkutan

9. Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi

10. Kementerian Luar Negara

Anwar bebas awal, Agong berkenan ampun serta merta

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan serta merta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disampaikan kepada Dr Mahathir ketika pertemuan dengan baginda pada istiadat angkat sumpah selaku perdana menteri yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.

“Agong menyampaikan titah berkenaan untuk memberi pengampunan serta merta kepada Anwar. Jadi kami akan melaksanakan proses sewajarnya untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar.

“Ia akan menjadi pengampunan penuh yang bermakna Anwar akan dibebaskan serta merta,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary selepas mesyuarat Majlis Presiden sebentar tadi.

Jelas Dr Mahathir, sebaik sahaja dibebaskan Anwar akan kembali sepenuhnya dalam politik.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, Selangor selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.Beliau sepatutnya bebas 8 Jun ini.

SUMBER : MSTAR ONLINE

VIDEO ANWAR IBRAHIM MELIHAT TUN M JADI PERDANA MENTERI

Sidang media khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary

SUMBER

Seseorang Memberi Teguran Yang Tepat Kepada Anwar Ibrahim Ketika Dia Sedang Melihat Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri

Anwar akan dibebaskan segera

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Yang di-Pertuan Agong bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Agong semasa istiadat mengangkat sumpah malam tadi.

“Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Kami akan buat permohonan segera. Anwar bukan sahaja mendapat pengampunan tetapi pengampunan penuh dan akan dibebaskan segera,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

SUMBER : SINAR HARIAN

APA PERASAAN ANWAR IBRAHIM?

Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ketinggalan menyaksikan majlis bersejarah istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Dalam rakaman video pendek itu Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan berada dalam keadaan tersenyum lebar sambil menonton siaran langsung majlis berkenaan yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir membaca sumpah jawatan itu di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut menyertai Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras itu ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.

Bekas timbalan perdana menteri berkenaan kini mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu ekoran pembedahan yang dilaluinya baru-baru ini.

TEGURAN PADU KEPADA ANWAR IBRAHIM

“Kamu perlu belajar semua benda ni untuk menjadi (perdana) menteri,” katanya kepada seseorang yang tidak kelihatan dalam video berkenaan.

Anwar, 70, kemudian cuba menjelaskan apa yang berlaku di istiadat yang menarik perhatian ramai berkenaan. Ia berlangsung kira-kira jam 9.50 malam.

Bebas tak lama lagi

“Alhamdulillah, kemenangan rakyat membolehkan ini berlaku. Azmin dan saya sempat bertemu Anwar di Cheras sebentar tadi.

“Kami berdoa semua proses berjalan lancar,” tulisnya mengiringi tiga keping gambar menunjukkan ketiga-tiga mereka tersenyum.

Pada Facebooknya Dr Afif yang juga anggota dewan undangan negeri Seberang Jaya turut memuat naik satu klip video sepanjang kira-kira dua minit.

Mengiringi hantaran itu ialah keterangan ringkas: “Menonton angkat sumpah perdana menteri dari satu lokasi rahsia….”

Anwar sedang menjalani hukumen penjara atas kesalahan liwat yang ditegaskannya sebagai tuduhan bermotif politik.

Beliau dijadual bebas pada 8 Jun ini.

Mengikut persetujuan bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) kerajaan akan mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar bagi membuka jalan untuknya dilantik sebagai perdana menteri.

Untuk sementara jawatan perdana menteri kini disandang Dr Mahathir, manakala timbalan perdana menteri sepatutnya isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir dijangka akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam tempoh terdekat merangkumi pemimpin dari PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

VIDEO PENUH ANWAR IBRAHIM MELIHAT TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI

SUMBER : MKINI Via BuletinNetizen ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *