Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu Akim yang telah kembali bertemu penciptanya..

KUALA LUMPUR: Ibu kepada vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, iaitu Aminah Bahari, 54, meninggal dunia sebentar tadi. Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 27, berkongsi khabar sedih itu menerusi akaun Instagram peribadinya, kira-kira sejam lalu.

Tidak tergambar kesayuan dan kepiluan seorang anak apabila kehilangan ibu tercinta. Akim Ahmad berkongsi bersama peminat tentang berita pemergian ibunya dengan kapsyen yang sungguh menyentuh perasaan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahi wainna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum, ibu saya, Aminah Bahari kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin.

“Ibu tenang ya di sana, Insya-Allah Akim akan kirimkan apa saja untuk ibu. Ibu rehat ya!” tulis suami kepada penyanyi Stacy itu.


Terdahulu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik semalam, Akim meminta pengikut dan peminat beliau supaya mendoakan kesihatan ibunya, tanpa menjelaskan penyakit dihidapi wanita terbabit.

Selain rakan selebriti, peminat turut tidak ketinggalan mengutus salam takziah buat penyanyi yang juga suami kepada Stacy Anam ini. Mungkin Akim nampak tenang tapi anak mana yang mahu kehilangan ibu tercinta, bukan? Semoga Akim dan keluarga tabah menghadapi hari mendatang

Sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/421530/ibu-akim-meninggal-dunia

Antara Komen Takziah Netizen Kepada Akim Ahmad Dan Keluarga

@shadashakim – Salam takziah @akimahmad dan seluruh keluarga.. semoga roh ibu ditempatkan dikalangan ahli syurga… Sekejap ja dapat berkenalan dengan arwah.. Tak sempat lagi nak tunaikan hasrat dulu.. Pernah janji dengan arwah nak jumpa arwah dahulu..siap sempat bergurau gan arwah pasal arwah nak tempah baju raya dengan saya .minta saya singgah klang jumpa arwah bila saya datang kl… Tapi tak sangka belum sempat berjumpa ..arwah dah pergi 😢sedihnya apa pown anakanda shada doakan ibunda ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. Amin… Al fatihah.

@rozitamohd23 – Innalilahiwainnalaihirojiun..Salam takziah buat @akimahmad sekeluarga semoga roh ibu dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org yang beriman..Aamiin.

@nora7296 – Salam Takziah, Semoga rohnya ditempatkn dikalangan org2 yg beriman. ALFATIHAH.

Sumber: ngonyelngonyel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *